Terma & Syarat Penyertaan
Dengan mendaftar untuk Beliawanis Fun Run, semua peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat berikut.
1. Pendaftaran & Penyertaan
1.1 Pendaftaran terbuka kepada semua individu yang memenuhi syarat penyertaan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
1.2 Peserta hendaklah memberikan maklumat yang tepat dan lengkap semasa pendaftaran. Sebarang maklumat palsu atau tidak lengkap boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.
2. Pembayaran & Polisi Pembatalan
2.1 Semua pembayaran yang telah dibuat adalah tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dipindah milik.
2.2 Peserta yang tidak dapat hadir pada hari acara tidak layak menerima bayaran balik atau penggantian.
3. Keselamatan & Tanggungjawab Peserta
3.1 Peserta bertanggungjawab memastikan mereka berada dalam keadaan sihat dan sesuai dari segi fizikal untuk menyertai acara ini.
3.2 Peserta hendaklah mematuhi semua arahan daripada pihak penganjur, marshal dan pegawai acara sepanjang program berlangsung.
3.3 Peserta bertanggungjawab terhadap keselamatan diri, barangan peribadi dan kesejahteraan masing-masing sepanjang acara berlangsung.
4. Perubahan Acara
4.1 Pihak penganjur berhak mengubah, menangguhkan atau membatalkan acara atas sebab-sebab perkara di luar jangka tanpa notis terlebih dahulu, termasuk keadaan cuaca, faktor keselamatan atau situasi lain yang berkaitan atas penilaian penganjur.
5. Pengambilan Barangan Acara
5.1 Peserta yang gagal mengambil barangan acara dalam tempoh yang ditetapkan tidak akan layak menerima barangan tersebut. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang perkhidmatan penghantaran, pos atau kurier bagi baju dan pingat yang tidak dituntut.
5.2 Peserta bertanggungjawab memastikan mereka hadir semasa sesi pengambilan atau mengatur wakil yang diberi kuasa sekiranya tidak dapat hadir sendiri.
6. Kebenaran Fotografi & Media
6.1 Peserta bersetuju bahawa gambar, video dan rakaman yang diambil sepanjang acara boleh digunakan oleh pihak penganjur untuk tujuan promosi, pemasaran dan dokumentasi.
7. Persetujuan
Dengan mendaftar untuk Beliawanis Fun Run, semua peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat di atas.
8. Perlindungan Data Peribadi
8.1 Penganjur berhak untuk mengumpul dan menggunakan data peribadi peserta untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis Pelindungan Data Peribadi (statistik dan pemasaran).
8.2 Nombor kad pengenalan dan alamat disimpan dalam bentuk tersulit (encrypted) dalam pangkalan data kami.
8.3 Pembayaran diproses oleh toyyibPay. Kami tidak menyimpan maklumat kad kredit, kad debit atau perbankan internet anda.